Dah penat mencari kedai emas terbaik di sekitar Ipoh, Perak, tetapi masih belum jumpa kedai emas yang betul-betul berbaloi dan trusted? Ish, ish, ish…

Kalau anda masih dalam pencarian kedai emas terbaik di Ipoh, Perak, pastikan anda terus serbu kedai kami yang diberi nama Kedai Emas Haifa. Kami boleh jamin, anda confirm tak akan menyesal!

Produk Best Selling 2022 di Kedai Emas Haifa, Kedai Emas Terbaik Ipoh

Antara produk best selling di kedai kami adalah, Koleksi Gold Bar 999.9 keluaran HAIFA sendiri.

Pada tahun 2022, bersempena program GEMA RAYA HAIFA, Gold Bar Haifa 999.9 Edisi Tekat telah dikeluarkan. Gold bar edisi ini didatangkan dengan 3 design yang berbeza, dan setiap satu daripadanya berinspirasikan motif tekat Malaysia seperti bunga kiambang, bunga raya dan bunga cempaka susun pucuk rebung.

Keluaran gold bar ini juga adalah terhad pada tahun tersebut, di mana setiap design hanya dikeluarkan sebanyak 100pcs sahaja. Walaupun begitu, jumlah keseluruhan 300pcs gold bar edisi tekat ini tetap berjaya menawan hati ramai pelanggan HAIFA dan habis dijual dalam masa yang singkat.

Gold Bar 2023 Terbaharu Oleh HAIFA

kedai emas terbaik

Namun pada tahun 2023, HAIFA telah mengeluarkan gold bar terbaharu iaitu, Gold Bar Edisi Keladi Emas bersempena kempen MEGA RAYA HAIFA.

Kempen ini diadakan bertujuan mengajak para pelanggan setia HAIFA untuk memulakan didikan awal buat anak-anak. Caranya adalah dengan mengajar anak-anak menyimpan duit raya tersebut, supaya ia boleh dilaburkan melalui pembelian emas.

Taktik ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak untuk tidak mensia-siakan duit raya yang diperoleh dengan membeli barangan yang tidak perlu tau! Percayalah, suatu hari nanti mereka akan faham betapa pentingnya menyimpan emas ini.

Seperti namanya, edisi terbaharu ini telah diinspirasikan oleh pokok keladi termahal di dunia iaitu pokok keladi emas, The Alocasia New Guinea Gold. Edisi keladi emas ini juga hanya dikeluarkan sebanyak 100pcs pada awalnya.

Walau bagaimanapun, permintaan untuk edisi ini amat menjangkaui harapan kami dan lebih diminati berbanding tahun sebelumnya. Ia telah sold out dalam tempoh kurang dari sebulan sahaja!

Oleh hal yang demikian, HAIFA telah sebulat suara menambah produksi Gold Bar Edisi Keladi Emas ini dengan tambahan sebanyak 100pcs.

Untuk pengetahuan anda, setakat 29/7/2023 yang lalu, gold bar ini masih available ya! Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan edisi gold bar ini, anda boleh dapatkannya bersama kami dalam kadar segera.

Projek terkini HAIFA: Tempahan hantaran gold bar untuk majlis persaraan pegawai-pegawai LHDN Negeri Perak 2023

Baru-baru ini, team HAIFA telah menggubah cenderahati hantaran gold bar bagi majlis persaraan sebuah agensi kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tau! Jom kita lihat antara gambar-gambar proses dan hasil daripada projek tersebut.

  • kedai emas terbaik
  • kedai emas terbaik

Menarik kan? Untuk pengetahuan anda, team HAIFA selaku kedai emas terbaik Ipoh juga boleh membantu anda menggubah ‘from A to Z‘ bak kata omputeh. Jadi, jika anda daripada badan-badan agensi atau jabatan-jabatan yang berminat untuk membuat tempahan gold bar seperti ini, HAIFA sedia membantu ya.

“Tempahan gubahan gold bar untuk perkahwinan pun HAIFA boleh buatkan ke?” | Kedai Emas Terbaik

Eh, sudah semestinya ya! Gambar di bawah ini merupakan gubahan gold bar hantaran perkahwinan yang pelanggan kami request sendiri. Ia merupakan set gold bar istimewa Asmaul Husna yang bakal kami lancarkan tidak lama lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan satu set 99 gold bar ini, anda akan memperoleh set gubahan hantaran beserta album secara PERCUMA! Promosi ini adalah terhad utk 5 orang terawal sahaja, jadi pastikan anda hubungi team HAIFA untuk menempah segera.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang info tempahan gubahan hantaran gold bar, anda boleh hubungi kami di mana-mana talian berikut:

Baru Nak Menjinakkan Diri Dalam Dunia Barangan Kemas? Jangan Risau, HAIFA Sedia Membantu

Kebiasaannya buat pelanggan yang baru nak menjinakkan diri dalam pembelian emas, mereka akan meminta HAIFA untuk recommend rantai tangan yang padu, tahan lasak, boleh dipakai secara harian dan boleh dibuat basahan.

Jadi kami akan mencadangkan pelanggan untuk memilih rantai tangan daripada Koleksi Padu kami seperti:

  • MELUR PADU
  • PUTRA PUTRI PADU
  • LIPAN PADU

Design padu ini adalah kategori evergreen yang sentiasa ada dan tidak lapuk dek zaman. Koleksi ini juga mempunyai pelbagai pilihan berat dan saiz. Jadi, pelanggan boleh mendapatkan rantai tangan padu kami dengan berat serendah 4g sehingga 100g+ mengikut bajet masing-masing.

Jika pelanggan tidak meminati design evergreen, pelanggan juga boleh memilih rantai tangan yang lebih berfesyen. Andai memerlukan bantuan, minta sahaja recommendation daripada team HAIFA. Kami pasti akan bantu anda sebaik mungkin!

Kedai emas terbaik pun sediakan servis cuci barangan kemas secara percuma?

Para pelanggan yang membuat pembelian di kedai emas terbaik Ipoh, HAIFA, adalah layak untuk mendapatkan servis cuci barang kemas secara PERCUMA! Manfaat ini adalah tertakluk mengikut hari di mana pelanggan membuat pembelian, tanpa mengira jumlah item yang hendak dicuci.

Pelanggan juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang diadakan dari semasa ke semasa dengan pelbagai hadiah menarik. Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu Kedai Emas Haifa pada hujung minggu ini.

Nak Dapatkan Barangan Kemas Daripada HAIFA, Kedai Emas Terbaik Ipoh Perak?

Kepada yang berminat untuk mendapatkan gold bar atau barangan kemas daripada kedai emas terbaik Ipoh Haifa Gold & Silver, anda boleh kunjungi kedai kami yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.

Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Ha, kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kami, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.

Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau tempahan secara pukal, anda disarankan untuk menghubungi Kedai Emas Haifa melalui email kedaiemashaifa@gmail.com ATAU melalui mana-mana talian WhatsApp di bawah:

Untuk mendapatkan info lanjut tentang promosi-promosi terkini pula, pastikan anda follow laman media sosial kami seperti yang tertera. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee