Tuan puan yang menetap di Ipoh mesti tertanya-tanya manalah nak cari kedai emas berkualiti? Jawapannya, Kedai Emas Haifa la! Kedai Emas Haifa ini terletak di 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.
Buat tuan puan yang sedang mencari emas perhiasan dan juga emas pelaburan, jangan lupa singgah ya di Kedai Emas Haifa.
Tuan puan mesti nak tahu juga betul ke emas yang dijual oleh Kedai Emas Haifa ini berkualiti atau tidak. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini sampai habis ya.
Kualiti Emas di Kedai Emas Haifa | Kedai Emas Berkualiti Di Ipoh
Kualiti emas perhiasan 916 yang dijual di Kedai Emas Haifa adalah cukup kandungan emas tulennya sebanyak 91.6%. Kedai Emas Haifa hanya memilih kilang-kilang pengeluaran yang berpengalaman dan dijamin mutu emasnya.
Kebanyakkan pelanggan mengetahui kualiti emas yang dijual di Kedai Emas Haifa adalah dari ‘word of mouth marketing‘ di mana mereka menerima feedback dari pelanggan bahawa emas perhiasan di Kedai Emas Haifa mempunyai design yang cantik serta berkualiti.
Cincin dalam gambar di atas merupakan salah satu design yang menjadi pujaan ramai pelanggan di Kedai Emas Haifa. Cincin ini dinamakan sebagai Cincin Adira di mana ia mempunyai design yang teguh dan 100% emas 916.
Servis Yang Disediakan Di Kedai Emas Haifa
Selain dari menjual emas, Kedai Emas Haifa juga ada menyediakan servis seperti menerima tempahan custom made, mencuci emas serta membaiki emas.
Bagi tuan puan yang ingin menempah emas custom made, anda boleh menempah emas mengikut design yang pelanggan mahukan. Namun begitu, tempahan custom made ini akan mengambil masa untuk siap dalam tempoh 14 hari hingga 3 bulan tertakluk kepada nombor giliran tempahan custom made.
Kedai Emas Haifa menawarkan servis mencuci emas serendah RM5 sahaja untuk 1 item dan servis tindik telinga berharga RM20-30 termasuk subang tindik (bukan emas). Selain itu, Kedai Emas Haifa juga membuat servis membaiki emas perhiasan yang rosak dan putus bergantung kepada kondisi emas tersebut bermula RM35 dan ke atas mengikut item yang hendak dibaiki.
Jika ada pelanggan yang ingin menyadur semula emas supaya kelihatan lebih baru kami juga menawarkan perkhidmatan mencelup dan menyadur semula emas pada harga bermula dari RM50 ke atas.
Kelebihan Kedai Emas Haifa
Kedai Emas Haifa mempunyai kelebihan tersendiri dimana kedai ini menawarkan pelbagai pilihan koleksi barang kemas daripada koleksi klasik turun-temurun yang tak lapuk dek zaman dan juga koleksi moden dan minimalis yang sesuai mengikut peredaran trend terkini.
Kedai Emas Haifa juga sentiasa peka dan “up-to-date” mengenai koleksi design yang viral supaya mereka dapat memberi pelbagai pilihan design kepada pelanggan.
Apa yang menariknya design yang dijual di Kedai Emas Haifa ini boleh dipakai harian, finishing cantik dan tahan lasak. Selain itu, kami juga ada menjual barangan emas lain selain barangan perhiasan untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli emas yang boleh dijadikan sebagai pelaburan seperti gold bar dan dinar.
Berminat untuk Membeli dan Melabur Emas bersama Kedai Emas Haifa?
Kedai Emas Haifa menyediakan pelbagai jenis emas dan gold bar untuk pelanggan membeli dan melabur disini. Buat anda yang tinggal di sekitar Perak dan Ipoh, Haifa sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.
99 Koleksi Emas Asmaul Husna hanya terdapat di Kedai Emas Haifa dan tidak dijual ditempat lain, menjadikannya item eksklusif kepada para pengumpul emas. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan atau mengumpul gold bar ini di Kedai Emas Haifa, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:
- Shop: +010-5642957
- Alamat: 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.
- Email: kedaiemashaifa@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Kedai Emas Haifa seperti yang tertera.