Kalau kome ada di negeri Perak, jangan lupa singgah ke Kedai Emas HAIFA! Kedai Emas HAIFA merupakan salah satu kedai emas Ipoh Perak yang sudah mulai menjadi kegemaran orang ramai.

Di sini, kami bukan sahaja menjual barangan kemas emas semata-mata tau… Kami turut menjual barangan kemas seperti silver. Tak cukup dengan itu, kami juga ada menyediakan servis membeli emas daripada pelanggan dengan harga yang sangat tinggi!

Nak tahu lebih lanjut tentang servis menjual beli emas bersama HAIFA? Jika ya, pastikan anda baca perkongsian kami sehingga ke penghujung ya.

Tips Sebelum Menjual Emas

Membeli dan menjual emas di Malaysia merupakan sebuah kegiatan yang sangat popular pada masa kini. Ia dilihat sebagai salah satu teknik pelaburan dan perdagangan yang bijak di zaman kemelesetan ekonomi mahupun inflasi.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda mengetahui beberapa tips sebelum membuat sebarang proses penjualan emas. Antaranya ialah:

  1. Pilih kedai emas yang boleh dipercayai – Semak Google review, website dan social media kedai tersebut terlebih dahulu! Tetapi jika anda berada di Perak, tak perlu fikir panjang lagi. Pastikan anda terus ke Kedai Emas HAIFA tau…
  2. Periksa harga emas terkini – Anda digalakkan untuk menyemak harga emas terkini sebelum membuat sebarang proses penjualan. Pastikan harga emas pada waktu tersebut adalah tinggi berbanding ketika anda membelinya dahulu.
  3. Jangan terburu-buru
    • Walaupun harga emas pada hari tersebut kelihatan tinggi, namun anda tetap perlu memastikan bahawa nilai yang bakal diterima nanti mendatangkan keuntungan.
    • Perlu diingat juga bahawa harga emas bersih anda mungkin akan sedikit berlainan dengan jumlah harga asal yang dibeli, bergantung kepada tempoh berapa lama anda simpan emas tersebut.
    • Ingat juga tipsnya bahawa keuntungan emas berkadar terus dengan tempoh masa. Jadi semakin lama anda menyimpan, semakin untunglah anda!
  4. Buat perbandingan harga – Sebaiknya, buatlah survey tawaran harga di beberapa kedai emas yang berbeza. Tetapi jika anda di negeri Perak, pastikan anda terus ke Kedai Emas Ipoh Perak, HAIFA ya! InshaAllah, hanya harga tertinggi dan terbaik yang akan kami beri.

Kelebihan Menjual Emas di Kedai Emas HAIFA

Di HAIFA, kami membeli semua mutu emas tau! Bermula daripada emas tulen 999.9, sehinggalah ke emas 375 (suasa) dengan kadar harga yang tinggi. Jadi jika anda memerlukan cash, anda bolehlah menjual emas-emas tersebut kepada kami.

Choppp! Kalau anda tidak mahukan wang secara cash, kami juga boleh lakukan transaksi penjualan tersebut melalui online transfer. Almaklumlah, nama pun zaman teknologi kan? Hehe

@kedaiemashaifa

Adakah ANDA PERLUKAN CASH? Anda ada EMAS LAMA yang sudah tidak dipakai? Anda mempunyai EMAS PUSAKA tapi MUTU RENDAH?🤔 Jangan risau, kami di Emas HAIFA, sedia membeli emas semua mutu daripada mutu 999.9 sehingga mutu 375 dengan harga yang tinggi 🤩 – 999 (24K) - 965 (EMAS THAILAND) - 916 (22K) -900 (EMAS KELANTAN) -875 (EMAS ARAB) -835 -750 (18K) -700 (EMAS INDONESIA) -585 -375 (SUASA) Kami juga membeli : – Emas di PAJAK/ AR RAHNU/ BANK – Emas yang ROSAK/ PATAH/ PUTUS – Emas PUSAKA NAK TAHU HARGA? KLIK LINK DIBAWAH⬇️ emashaifa.com/optin/6622

♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Bukan itu sahaja, kami di kedai emas Ipoh Perak HAIFA juga turut membeli emas anda yang dipajak, di Ar-Rahnu dan juga di bank-bank di seluruh kawasan Ipoh atau berdekatan dengannya.

Perkhidmatan ini kami sediakan bagi membantu para pelanggan yang kurang berkemampuan untuk menebus semula emas-emas tersebut. Jadi, tak perlu risau sebab anda boleh sahaja menjual emas-emas tersebut kepada kami!

Pelanggan juga boleh mendapatkan baki wang hasil jualan emas tersebut daripada kami, selagi mana nilai tebusan adalah termasuk interest dan tidak melebihi nilai belian emas lama kami.

Kedai Emas Ipoh Perak HAIFA Sememangnya Bermutu Tinggi

kedai emas ipoh perak

Selain itu, kedai emas Ipoh Perak HAIFA juga amat menitikberat setiap mutu ketulenan barang kemas yang anda beli daripada kami.

HAIFA akan memastikan bahawa setiap barangan kemas yang kami jual memiliki seratus peratus kandungan mutu emas 916! Hal ini adalah wajar kerana kami hanya berurusan dengan para pembekal atau pengilang berkualiti, dan dijamin ketulenan mutu emas 916 bagi setiap barangan kemas yang dihasilkan.

Jika anda mendapati bahawa ketulenan mutu emas 916 HAIFA tidak cukup kandungannya seperti yang dinyatakan, maka anda boleh memohon mana-mana pihak Ar-Rahnu untuk melakukan pengesahan ketidakcukupan mutu emas tersebut.

Setelah surat rasmi dikeluarkan, anda boleh rujuk isu tersebut kepada HAIFA untuk dipanjangkan kepada pembekal dan pengilang kami.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap prosedur adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Apa yang pasti, pastikan resit rasmi pembelian bersama HAIFA turut dikepilkan bersama ya!

Berminat untuk Menjual Emas Bersama Kedai Emas Ipoh Perak HAIFA?

kedai emas ipoh perak

Kepada yang berminat untuk mendapatkan barangan kemas daripada kedai emas Ipoh Perak, Haifa Gold & Silver, anda boleh kunjungi kedai kami yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.

Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Ha, kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kami, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.

Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau tempahan secara pukal, anda disarankan untuk menghubungi Kedai Emas Haifa melalui email kedaiemashaifa@gmail.com ATAU melalui mana-mana talian WhatsApp di bawah:

Untuk mendapatkan info lanjut tentang promosi-promosi terkini pula, pastikan anda follow laman media sosial kami seperti yang tertera. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee