“Hmm, sejak kebelakangan ni rasa minat sangat nak beli emas. Tapi, kedai emas Ipoh mana yang paling best eh…”
Zaman sekarang ni, tak perlu susah payah nak mencari ke sana ke sini dah. Tinggal Google je kedai emas Ipoh, confirm banyak nama kedai yang keluar! Tapi anda juga perlu tahu, tak semua hasil yang kita Google tu adalah pilihan yang terbaik tau…
Jadi, macam mana cara nak tahu sama ada pilihan kedai emas Ipoh anda tu paling terbaik ataupun tak? Ha, jom ketahui antara tipsnya.
Tips Pemilihan Kedai yang Terbaik
Kalau nak pilih kedai emas terbaik di zaman teknologi ni, anda cuma perlu rajinkan diri untuk melihat bagaimana aktifnya kedai-kedai tersebut di media sosial. Cuba perhatikan adakah kedai-kedai tersebut mempunyai ramai pelanggan, ketelusan dalam memasarkan produk, dan juga review pelanggan sama ada baik ataupun sebaliknya.
Sebagai contoh, kami sendiri di Kedai Emas Haifa selalu mengajak para pelanggan untuk sebuah sesi bergambar selepas membuat pembelian. Sesi sebegini kemudiannya akan diupload ke media sosial bagi tujuan meningkatkan branding awareness, review dan kepercayaan orang ramai terhadap kedai emas kami.
Selain itu, kami juga selalu muat naik close-up video barangan kemas clearance dan best-selling untuk memudahkan pelanggan melihat, sebelum datang sendiri ke kedai kami.
Dengan cara ni, bolehlah para pelanggan cuci-cuci mata dulu sebelum membuat pilihan. Kalau pelanggan nak beli secara online pun makin senang, tak gitu?
Menarik kan bila dapat tengok barangan kemas secara close up macam ni? Confirm rambang mata punyalah…
Kedai Emas Ipoh Haifa Gold & Silver – “Your Jewellery Matchmaker”
Eh choppp! Dari tadi duk Kedai Emas Haifa aje yang disebutnya. Terlupa pula nak perkenalkan dengan lebih terperinci, haha…
Untuk pengetahuan anda, Haifa Gold & Silver Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat baru Bumiputera dalam bidang perniagaan jual beli emas perhiasan seperti cincin, rantai tangan, rantai leher dan juga jongkong emas.
Premis perniagaan kami terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di kawasan perumahan Taman Pengkalan Utama Ipoh, Perak. Lokasi ini dikategorikan sebagai strategik, kerana ia merupakan laluan utama buat para penduduk di kawasan tersebut.
Siapa Pula Gerangan Founder Kedai Emas Haifa?
- Founder kepada Kedai Emas Ipoh, Haifa Gold & Silver ini adalah Puan Iqtiyani Ulfa Binti Mohd Azamee.
- Anak jati Perak yang berasal dari Batu Gajah ini dilahirkan pada 15 April 1981, serta mempunyai latar belakang dan minat yang mendalam dalam bidang pelaburan dan kewangan sejak zaman persekolahan lagi.
- Setelah menyambung pengajian di peringkat ijazah bidang Sains Aktuari, pengetahuan beliau mengenai pelbagai jenis instrumen pelaburan juga semakin meluas.
- Antara pelbagai jenis instrumen pelaburan tersebut, beliau amat berminat dengan pelaburan emas kerana nilainya yang stabil untuk jangka panjang. Bukan itu sahaja, risiko pelaburan emas juga adalah lebih rendah berbanding instrumen pelaburan yang lain.
- Setelah menamatkan Ijazah, Puan Iqtiyani sempat menyandang beberapa kerjaya hebat sebagai Pensyarah Matematik di Institut Kemahiran Mara, Lumut dan juga sebagai Pegawai Aktuari di Kementerian Kewangan Malaysia, sebelum menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (MBA).
- Di samping berkerjaya, Puan Iqtiyani turut mulai menjinakkan diri dalam simpanan pelaburan emas dari semasa ke semasa dengan mengumpul jongkong emas.
- Setelah memperoleh kestabilan pada awal tahun 2018, beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam setelah berkhidmat selama 10 tahun.
- Oleh hal yang demikian, pada tahun 2020, Puan Iqtiyani secara rasmi telah meneruskan minatnya dengan perniagaan emas dan begitulah sejarah bagaimana βKEDAI EMAS HAIFAβ dibangunkan.
Info Lanjut Tentang Kedai Emas Haifa Ipoh, Perak
Kepada yang berminat untuk mendapatkan barangan kemas daripada kedai emas Ipoh Haifa Gold & Silver, anda boleh kunjungi kedai kami yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Ha, kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kami, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.
Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau tempahan secara pukal, anda disarankan untuk menghubungi Kedai Emas Haifa melalui email [email protected] ATAU melalui mana-mana talian WhatsApp di bawah:
Untuk mendapatkan info lanjut tentang promosi-promosi terkini pula, pastikan anda follow laman media sosial kami seperti yang tertera. Selamat mencuci mata!