Pernah dengar tentang gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah? Kepada yang masih belum tahu, kami di Kedai Emas HAIFA ada menyediakan servis penjualan gold bar Asmaul Husna ini. Apa yang pasti, gold bar Asmaul Husna daripada HAIFA adalah limited edition dan naskhah 99 design teragung ini mempunyai 99 set sahaja.

Kempen Simpan Emas Sambil Beribadah ini adalah khas untuk 99 orang yang berminat sahaja tau! Jika anda berminat untuk mendapatkan satu set naskhah lengkap 99 koleksi gold bar Asmaul Husna ini, kami akan menghadiahkan anda sebuah album 120 slot istimewa edisi terhad keluaran HAIFA Gold & Silver Sdn. Bhd. secara PERCUMA!

  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama

Album tersebut juga akan kami jual berasingan pada harga RM99 setiap satu. Buat pelanggan yang mengisi opt-in form di awal pelancaran projek ini nanti, anda akan memperoleh discount voucher tunai sebanyak RM33 untuk pembelian album tersebut! Jadi, harga yang tinggal nanti hanyalah RM66 untuk setiap satu album. Menarik kan?

Bukan itu sahaja, di dalam album gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini juga turut disediakan sebuah leaflet 12 muka surat tau! Gambar di bawah merupakan antara sneak peak yang boleh anda lihat terlebih dahulu.

Tengok sneak peak pada leaflet ni pun boleh rasa teruja kan? Kalau anda nak tahu lebih lanjut tak tentang gold bar edisi terbaharu kami ni, pastikan anda baca perkongsian kami sampai habis ya.

Kisah Bagaimana Tercetusnya Idea Penghasilan Gold Bar Asmaul Husna 99 Nama Allah di HAIFA

Untuk pengetahuan anda, idea penghasilan gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini datangnya 100% daripada founder kami iaitu Puan Iqtiyani Ulfa.

Peringatan! Kisah di bawah ini adalah perceritaan Puan Iqtiyani sendiri, dan bukan sekadar rekaan content semata-mata.

– team HAIFA

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Naskhah teragung ini adalah berdasarkan cerita dan kisah-kisah mereka yang hadir dalam proses hidup saya. Setiap kisah akan saya ceritakan seikhlas hati untuk perkongsian kita bersama.

🌟 Kisah pertama

Ia merupakan tribute utk putera bongsu saya yang diberi nama UMAR QAWIY, seorang ex-prem 28 minggu. Seperti yang anda boleh lihat, namanya telah diilhamkan melalui nama-nama Asmaul Husna.

Pemilihan nama “Ya Qawiy” ini adalah sebagai ikhtiar doa kami sekeluarga, agar namanya dizikirkan setiap masa untuk “terus kuat” berjuang selama 60 hari di NICU, Hospital Putrajaya.

🌟 Kisah kedua

Selain itu, gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah daripada HAIFA ini juga merupakan sebuah tribute untuk guru-guru sekolah rendah St. Bernadette’s Convent, Batu Gajah, Perak yang sentiasa menjadikan zikir Asmaul Husna ini sebagai amalan rutin kami setiap kali perhimpunan di sekolah.

Dari umur 9 tahun (Darjah 3), saya sudah pun menghafal Asmaul Husna tanpa sengaja! Sungguh didikan awal usia membawa kesan seumur hidup yang sangat baik buat kami semua.

🌟 Kisah ketiga

Tribute gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah yang seterusnya adalah untuk mak tercinta yang sering kali berkongsi bait-bait zikir Asmaul Husna untuk dijadikan amalan seharian. Beliau sentiasa bersahaja memesan untuk ucapkan zikir “Ya Ghani” berulang kali, sehinggalah ia menjadi kebiasaan pada lidah ini.

Buat abah tercinta, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati tatkala melibatkan agama dalam urusan berbisnes, agar tidak terjerumus ke lembah penunggangan agama. Nauzu billahi min zalik… InshaaAllah, Yani akan berusaha mengelakkan hal tersebut daripada berlaku.

Sebenarnya, sudah lama naskhah ini disimpan dalam fikiran dan hati saya. Ia memakan masa 1 hingga 2 tahun juga sebelum mak memberi green light untuk dikongsikan bersama anda semua. Saya yakin, Allah Maha Mengetahui niat ini.

InshaaAllah, naskhah teragung yang saya kongsikan ini juga merupakan hadiah perkongsian pahala buat kita semua. Saya doakan agar anda semua turut memperoleh segala kebaikan dengan pengamalan zikir Asmaul Husna ini.

Sedikit kata penghargaan buat graphic designer terhebat kami, Yazid Md Yusof!

  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama
  • gold bar asmaul husna 99 nama

Satu lagi info tambahan buat anda, modal penghasilan projek gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini sudah menelan belanja jutaan ringgit. Jika hendak dikira costing untuk kesemua 99 design ini secara serentak, ia sahaja telah menelan belanja sebanyak puluhan ribu ringgit.

Pada kami, ia bukan sahaja rezeki buat graphic designer terpilih kami, Yazid Md Yusof, malahan merupakan rezeki terbesar buat team HAIFA juga. Hal ini kerana, setiap hasil karya graphic designer tersebut sangat ngam dgn jiwa Puan Yani dan benar-benar kena dengan cita rasanya. Personanya humble, dan artworknya pula memang superb!

Jika dikenang semula semasa proses printing untuk semakan ejaan, kedai printing milik usahawan Cina yang kami kunjungi secara spontan telah memberi respon positif seperti “cantiknya artwork ni!”, tanpa beliau mengetahui atau memahami maksud kepada tulisan tersebut. Andai sahaja mereka tahu bahawa maksud di sebalik artwork tersebut juga sama indah seperti rupanya.

Oleh itu kami ingin mendoakan; semoga semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, serta para pembeli gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Aamiin ya Rabb…

Proses Penempahan Gold Bar Asmaul Husna 99 Nama Allah

Sebulan sebelum hari pelancaran tiba, HAIFA akan mengedarkan satu opt-in form untuk diisi oleh mereka yang berminat menyertai senarai menunggu pelanggan (waiting list) kami. Pelanggan juga boleh menyatakan gold bar mana yang diminati melalui form tersebut, sebagai rujukan kami untuk ia diproduksikan.

Pada hari pelancaran gold bar Asmaul Husna ini juga, semua yang berada di waiting list kami boleh membeli gold bar tersebut di sebuah sales page khas; ataupun anda boleh sahaja walk-in ke Kedai Emas HAIFA di Ipoh, Perak.

Andai kata stok design gold bar yang diingini telah habis, tak usah risau ya! Pelanggan boleh sahaja memesan design tersebut melalui sales page yang akan diedarkan kemudian ataupun melalui admin kami. Mudah sahaja!

FAQ – Adakah gold bar Asmaul Husna ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang beragama Islam sahaja?

@haifagoldandsilver

Ramai kata “ rugi simpan gold bar, baik beli barang kemas “ sedangkan banyak je kelebihan Gold Bar ni 🥰 Jom kami share apa kelebihannya.. #fyp #kedaiemashaifa #goldbar999

♬ original sound – Haifa Gold And Silver – Haifa Gold And Silver

Melalui penjualan gold bar Asmaul Husna ini, nilai yang difokuskan oleh kami bukan semata-mata terhadap emasnya sahaja, bahkan kami ingin amalan-amalan Asmaul Husna yang boleh dibaca pada card gold bar tersebut boleh dimanfaatkan oleh anda semua supaya kebaikannya dapat dirasai bersama.

Oleh itu untuk menjawab persoalan tersebut, jawapan kami adalah YA! Target market produk ini adalah khas buat mereka yang beragama Islam sahaja.

Walau bagaimanapun, jika ada di kalangan bukan muslim yang berminat dengan design atau artwork rekaan koleksi Asmaul Husna ini, maka kami tiada isu untuk menjualnya kepada mereka.

Peluang Memenangi Naskhah Ustazah Asma’ Harun Secara PERCUMA!

Buat para pelanggan yang membuat pembelian gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah semasa hari launching nanti, anda akan berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH tau!

Paling best, anda boleh memenangi sebuah naskhah yang bertajuk Mukhtasar Asmaul Husna hasil nukilan Ustazah Asma’ Harun secara PERCUMA sahaja. Mana lagi nak dapat peluang emas macam ni kalau bukan dengan HAIFA, kan?

Dapatkan Info Lanjut Tentang Gold Bar Asmaul Husna 99 Nama Bersama HAIFA

gold bar asmaul husna 99 nama

Kepada yang berminat untuk mendapatkan gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini daripada HAIFA, anda boleh kunjungi kedai kami yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.

Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Ha, kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kami, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.

Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau tempahan secara pukal, anda disarankan untuk menghubungi Kedai Emas HAIFA melalui email kedaiemashaifa@gmail.com ATAU melalui mana-mana talian WhatsApp di bawah:

Untuk mendapatkan info lanjut tentang promosi-promosi terkini pula, pastikan anda follow laman media sosial kami seperti yang tertera. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee